As I was passing by this world....I encounted planet EARTH inhibitants...and I wondered what they were up to? what their intentions were? why they behaved the way they behaved....interesting ALIEN! THESE ALIENS HAVE GOOD INTENTIONS ......

Monday, May 11, 2009

My Maiden Posting~Our 6th. Anniversary & Beloved Wife Birthday...

This is my first posting since I begin to BLOG...what ever that means. Not out of boredom but out of the need to pen my thoughts and not to be missed understood by my loved ones... Today is my 6th Anniversary followed by my Wife's birthday the day after....so I was wondering what to get her for this special occasion. I did ask her what she wanted for the special occasion and the answer she gave is her usual self...." I have everything I need..." Well....true to the words she has everything she needs... !!!

It then click my mind maybe I should confer her a medal? Honour? Nay...she doesn't need that either....after much consideration and all HER sacrifices, efforts, love, tender care and the troubles she has to put up with my nonsense, she has done a bloody wonderful excellent job despite having a career of her own. What facinate me most is how SHE has taken excellent care of my little Fatini & Emir! Not only has she plan for their education but also their caracter development...which is more important for their future.

To all her close blogging friends and relatives, please join me in congratulating my beloved wife (http://www.elegmum-allmyheart.blogspot.com/) on her birthday and thanking her for her efforts to be the Ideal Women like KHADIJAH BINTI KHUWAILID, the wife of Nabi MUHAMMAD SAW......

Mummy, Happy Birthday...We love U so much...Papa,Fatini & Emir

Wanita Terbaik di Muka Bumi
Riwayat Muslim dan al-Bukhari mengatakan sebaik-baik wanita adalah Maryam Binti 'Imran dan Khadijah Binti Khuwailid. Justeru itu Khadijah mempunyai kedudukan yang istimewa di hati Rasulullah s.a. w. meskipuan sesudah meninggal dunia ia dicemburui oleh 'Aisyah r.a. Bukti kesayangan nabi kepada Khadijah ialah riwayat 'Aisyah yang mengatakan setiap kali keluar dari rumah nabi Muhammad s.a.w. akan memuji Khadijah sehinggalah pada suatu hari 'Aisyah merasai cemburu lalu meluncur dari mulutnya: Tidak adakah yang lain dapat mengganti si tua itu?Rasulullah menjawab dengan marahnya: Demi Allah!Tidak ada yang dapat menggantikan dari segi kebaikan selain darinya.Dia beriman ketika manusia kufur,dia membenarkan aku ketika orang lain membohongi ku,dia bersimpati dengan hananya ketika orang lain mengalangi ku.Allah menganugerahkan kepadaku darinya anak dan tidak perempuan lain.
Perkahwinan baginda Rasulullah s.a.w.dengan wanita ideal ini membawa ke akhir hayat. Khadijah pada masa itu sudah berusia enam puluh lima tahun.Muhammad s.a.w. pula berusia lima puluh tahun. Selama bersama khadijah dua puluh lima tahun Muhammad tidak pemah berniat untuk berkahwin lagi. Hanya selepas kewafatan Khadijah barulah Rasulullah s.a. w. berkahwin dengan 'Aisyah dan isteri-isteri lain-Iain (ibid:53).
Riwayat Hidup
Nama penuh beliau ialah Khadijah Binti Khuwalid bin Asad bin 'Abdul 'Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah. Dari Qusay bin Kilab bertemu nasab beliau dengan Rasulullah s.a.w.(A.Guillaume,1978:82). Sejak zaman Jahiliah kedudukan Khadijah amat tinggi dengan keturunan yang baik juga keperibadian beliau yang cukup dihormati. Faktor keturunan,kebijaksanaan,kecantikan dan kekayaan terkumpul pada dirinya segala kelebihan dan kebaikan(Qadariyyah Husin,t.t. :8). Beliau juga adalah seorang pengurus yang berjaya.Ibn Kathir mensifatkan Khadijah adalah seorang yang cukup matang,berpandangan jauh(Ibn Kathir,1971:262). Ini terbukti dari pemilihannya menjadikan Muhammad sebagai suaminya walau pun dia lebih tua dari suaminya itu. Adalah luar biasa,Khadijah berupaya mengangkat martabat dirinya ketika adat masyarakat jahiliah merendah-rendahkan taraf wanita.Beliau hidup di tengah kemungkaran,tetapi mampu menepis segala gejala buruk itu sehinggakan beliau dikenali sebagai('Afifah Tahirah).
Perkahwinan beliau dengan nabi Muhammad s.a.w. membawa kebahagiaan sejati. Apabila wahyu pertama diturunkan dia lah yang pertama beriman.Ketika Rasulullah s.a. w. dilakukan sewenang-wenang, dia jualah yang menjadi perisai. Justeru itu beliau mengorbankan seluruh harta kekayaann a untuk perjuangan Rasululla, s.a. w. Apabila beliau wafat maka tahun itu dinamakan "tahun dukacita"bagi Rasulullah. Selepas bertemu Rasulullah s.a. w. beliau meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan hidup untuk berabdi diri kepada Tuhan dan berjuang menegakkan kebenaran. Penganut Islam amat bersyukur atas segala jasanya itu. Beliau menumpukan perhatian kepada suami dan anak-anak serta penyebaran Islam.
Lambang Kasih Seorang Isteri
Kasih sayang dan saling mengerti serta kecenderungan yang sarna
Adalah punca keharmonian rumahtangga. Inilah yang terjadi kapada pasangan ideal ini.Mereka bertemu jodoh dengan pilihan masing-masing yang tepat. Nabi SAW Muhammad cukup bertuah seperti juga Khadijah amat bertuah kerana mendapat pasangan secucuk dan sepadan. Ia hubungan kesetiaan yang tiada tolak bandingnya,memberikan contoh teladan dalam kasih sayang dan pengorbanan.Masing-masing bersedia menanggung kesusahan dan bersedia memberi pertolongan. Khadi'ah melaksanakan segala kewajipan dan tanggung jawab sehingga Nabi Muhammadtmendapat kedamaian yang tiada bandingan(Qadariyyah,op.cit:20). Kehadiran Khadijah dalam kehidupan nabi memberi suatu kekuatan dan tenaga pendorong untuk menghadapi tugas yang amat berat. Beliau menjadi temanhidup yang dapat menghilangkan kesepian,memberi hiburan di kala duka, malah rela berkorban sepanjang masa.
Semasa suaminya berangkat ke gua-gua di sekitar Mekah untuk bersedirian,dia mempersiapkan bekalan yang diperlukan.Jika suaminya lambat pulang dia amat gelisah.Bila dilihat suaminya bermunajat dia merasa tenang dan sabar tanpa mengomel. Sebenamya,bukanlah suatu perkara yang enteng bagi seorang isteri menahan kesabaran untuk suami yang sering meninggalkan rumah dengan alasan untuk beribadat,terutama pada zaman jahiliah yang penuh kemaksiatan dan kemungkaran. Sekiranya Khadijah mengikutkan perasaan sudah pasti dia memprotes perbuatan Rasulullah itu. Tetapi Khadijah mempunyai keyakinan yang teguh terhadap suaminya itu. Dua puluh lima tahun bersama Rasulullah Khadijah sumber kebahagiaan,ketenangan ,kemesraan yang mendalam. Dia meninggalkan contoh terbaik sebagai suri yang patuh dan taat.
Khadijah Ibu Sejati
Tidak banyak fakta sejarah yang secara jelas menulis tentang peranan Khadijah sebagai ibu.Namun ada disebut anaknya dengan Rasulullah seramai tujuh orang. Anak lelaki kesemuanya meninggal iaitu al-Qasim,Tahir dan Tayyib. Hanya anak perempuan yang kekal hidup iaitu Zainab,Ruqayyah, Umm Kalthum dan Fatimah(Abdul Salam Harun,1977:44).
Apa yang difahami dia amat memberikan perhatian berat kepada pendidikan anak-anak perempuan ini. Ibu adalah guru pertama bagi anak muslim. Khadijah mendidik sendiri anak-anaknya bersama Rasulullah. Zainab anak sulung dilatih sejak awal bukan dalam keadaan manja,tetapi lebih cepat matang. Zainab menjadi "ibu kecil" bagi adik-adiknya. Dia ditugas mengawasi adiknya Fatimah,mengisi waktu dengan bermain,apalagi ibunya sudah agak berumur(Binti sl Syati,1975:85).
Pendidikan melalui tauladan menjadi teras bagi Khadijah. Hasil didikannya tidaklah aneh jika anak-anaknya seperti Ruqayyah dan Fatimah mampu bersabar dan mampu pula menghadapi kesulitan hidup. Sebab dari buah dikenal pokoknya, demikian kata pepatah Melayu, maka itulah jua yang berlaku kepada Khadijah,Keunggulan beliau sebagai ibu dikenal melalui sahsiah anak-anaknya.